Dengan keyakinan dan kecintaan kami pada khazanah masakan Indonesia sejak tahun 2013 lepas, CRP Group telah membangunkan pelbagai brand dan produk yang mengutamakan rasa istimewa dan khusus daripada masakan Indonesia.

Bermula daripada brand pertama Nasi Goreng Rempah Mafia pada bulan Oktober 2013, kami telah berjaya dapatkan perhatian daripada pelanggan juga media.

Dalam masa yang singkat, Nasi Goreng Rempah Mafia berjaya menawarkan cara baharu untuk nikmati Nasi Goreng, yang mana ditetapkan pula sebagai No. 2 Most Delicious Food in the World oleh CNN Travel.

Nasi Goreng Rempah Mafia berjaya merombak "Industri Nasi Goreng" yang sebelum ini dicap oleh masyarakat sebagai Makanan Kaki Lima (Kategori Makanan Jalanan). Feedback yang luar biasa daripada pelanggan dan masyarakat menghasilkan peluang untuk membesarkan perniagaan ini. Dalam masa kurang dari 2 tahun, Nasi Goreng Rempah Mafia berjaya membuka cawangan bermula dari kedai seluas 40 m², hingga 33 outlet pada 17 bandar. Sehingga kini, dengan motivasi yang kuat untuk Bring Local Food to the Next Level, dengan bangga kami persembahkan masakan khusus Indonesia dengan variasi yang berbeza-beza: Warunk Upnormal, Bakso Boedjangan, dan Sambal Khas Karmila.

MENGENAI CRP GROUP

PT Citarasaprima Indonesia Berjaya

MILESTONES

© 2019 PT Citarasaprima Indonesia Berjaya

CRP Group